Detik-detik yang dinantikan telah tiba.Tepat pukul 5.00
Detik-detik yang dinantikan telah tiba tepat jam 5 petang,pasukan Knight Star akan meneruskan perjuangan pada perlawanan yang kedua .Dalam perlawanan kedua petang ini ,pasukan Knight Star bertemu dengan pasukan Kuala Muda Bara dari Kuala Muda,Yan.Pasukan lawan nampaknya hebat dengan jersi bewarna merah .Rakan-rakan seperjuangan dan pasukan Fanfare sentiasa bersorak girang memberikan sokongan .Kedengaran sorakan dari pasukan Fanfare dengan slogan “Knight Star Boleh!!” dan “GO GO Knight Star!!” kedengaran penuh semangat
Pengulas pasukan Knight Star yang bernama Muhammad Yusrizal Naim tidak kurang hebatnya penyampaianya yang penuh keyakinan telah menaikkan semangat pemain-pemain Knight Star dengan suara yang lantang dan tepat menepati suasana perlawanan.
Pasukan Knight Star mengorak langkah dengan semangat yang membara .Pelbagai strategi yang diatur untuk memenangi perlawanan .Kekalahan pada perlawanan pertama menjadi pengajaran supaya berhati-hati dan tidak leka .Pengalaman itu menjadi panduan kepada ahli-ahli pasukan Knight Star supaya menjadi lebih berani,bersemangat dan tangkas dalam perlawanan kedua itu.
Sekarang tepat jam 5.40 petang pasukan Knight Star telah masuk ke gelanggang untuk perlawanan kedua antara Knight Star dan Kuala Muda Bara (KM Bara) . Perlawanan pertama menyaksikan pihak lawan menguasai permainan apabila menang mudah ke atas pasukan Knight Star wanita.Malang terus menghantui Pasukan Knight Star wanita apabila sekali lagi tewas kepada pasukan yang sama.Namun begitu pasukan lelaki Berjaya menyamakan kedudukan apabila menang dua kali ke atas pasukan Km Bara kategori lelaki.walaupun Berjaya menguasai perlawanan ,pasukan knight Star terpaksa akur dengan kekalahan kerana pihak lawan mendapat kelebihan setelah menewaskan pasukan wanita dan Berjaya mengutip satu mata apabila menewaskan pasukan lelaki menjadikan kedudukan 3-2.Tewas sebanyak dua kali pada hari pertama tidak melunturkan semangat setiap ahli pasukan Knight Star .



No comments:
Post a Comment