Seramai 30 orang pelajar terdiri daripada 10 orang pemain lelaki, 10 orang pemain perempuan dan 10 orang pasukan sorak(fanfare). Pasukan Dodgeball ini dinamakan "Knight Star" sempena semangat ahli pasukannya yang bersinar dan membara demi mencapai kemenangan. Pasukan ini dilatih oleh Cikgu Noor Hasmadi Bin Mohd Nor dari Alor Setar dan pengurusnya ialah Puan Norassemah Binti Abdullah. Pasukan Knight Star telah memulakan latihan pada 15 Mac 2011. dijalankan pada setiap hari pada waktu petang. Walaupun setahun jagung usia pasukan ini tetapi atas bimbingan Cikgu Hasmadi memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada pasukan Knight Star ini namun mereka dapat meningkatkan keyakinan dan melakukan yang terbaik. Dengan berpegang kepada motto "Yakin Boleh" pasukan Knight Star dapat menyahut cabaran pertandingan yang pertama. Pertandingan itu melibatkan 12 pasukan dari daerah seluruh Negeri Kedah yang bermula pada 17-18 Jun 2011 di WNS Futsal Centre.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment